Isnin, 22 Julai 2013
Assalamualaikum. Nampak gaya sudah lama aku tidak menerjah masuk ke dalam laman blog ini. Mungkin ada saja aku hendak ceritakan kepada kamu semua. Maklumlah, aku kan dah tamat belajar diploma. Eccecece.... tak cukup bagi aku hendak menjejaki ilmu lain di tempat lain. Buat masa sekarang, aku bekerja sebagai kerani am di sebuah kedai bekalkan buku di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Aku tidak berharap hendak bekerja lebih lama di situ kerana aku belum pasti status jawatan ini. Bergantung kepada prestasi kerja aku.Buku oh buku, agak memeningkan bagi aku yang bertungkus lumus mengemaskini status keluar masuk buku terutama digunakan untuk pameran di mana-mana karnival umum. Mungkin hati aku sudah lama terikat dengan buku, jadi tiada masalah untuk aku berjinak-jinak dengan sumber ilmu ini. Cukup setakat ini aku ceritakan. Wasalam.
Langgan:
Catatan (Atom)